Powered By Blogger

Selasa, 7 September 2010

Solat Maghrib

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.



Setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..


Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim…" seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… "bismillahirrahmanirrahim…" aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..


Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.


Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

April Fool

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar



merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.


Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca


tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula


untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing


untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.




Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak


Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Sabtu, 4 September 2010

PUISI CINTA UNTUK ABANG K

ABANG K
Mengapa bengini cinta kita
Dengan selamba kau berkata
"Kita tak sedarjat, tak sebangsa..."
Aku jadi kelu, malu nak tunjuk muka
Tapi kau sengih saja
Aku pula yang sebak dada
Rasa nak terjun lombong je
Tapi tak berani pula

ABANG K
Memang benar apa yang kau kata
Cinta aku buta
Tak berpijak di bumi nyata
Tapi aku peduli apa
Walau masuk ke mulut buaya
Walau disengat tebuan juga
Aku rela apa saja
Sebab tu lakonan semata-mata...ahaks

ABANG K
Aku benar-benar dilambung cinta
Sumbang suaramu aku terkesima
Black kulitmu aku terpesona
Aroma bodymu.... fuh, buat aku merana
Siang malam tidur tak lena
Buat aku tergila-gila
Hampir-hampir masuk hospital bahagia

ABANG K
Kau lah intan kaulah permata
Cinta ku satu dalam berjuta
Biarlah makhluk lain sebuk mengata
Aku peduli apa
Tapi dah beratus kali kau kata
"Kita tak sedarjat, tak sebangsa.."
"Aku kambing, kau ayam.."
Aku terus terdiam.........

test

“cintalah yang pertama kali menegarkan hati



ia dating bersama takdir berjalan beriringan


jika pemuda berenang di samudra cinta tak bertepi


datang banyak masalah yang tak tertanggungkan


siapa yang sanggup memikul cinta di hati


bencana dating bersama rahasia-rahasianya.”

“permulaan cinta indah menawan di hati


akhirnya kematian laksana permainan


ia bermula dari pandangan dan canda


menyala di hati laksana bara api


seperti api yang bermula dari percikan


jika membesar ia kan membakar semua kayu”


“mata menganggap hati menimpakan derita


Hatilah yang telah memaksakan kehendaknya


Namun tubuh menjadi saksi atas kedustaan mata


Bencana hati memang berasal dari mata


Andaikata tidak karena mata tak akan ada derita


Hati tak kan terkapar menjadi korbannya


Limpa merana sebagai korban yang teraniaya


Karena hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta”