Sabtu, 4 September 2010

PUISI CINTA UNTUK ABANG K

ABANG K
Mengapa bengini cinta kita
Dengan selamba kau berkata
"Kita tak sedarjat, tak sebangsa..."
Aku jadi kelu, malu nak tunjuk muka
Tapi kau sengih saja
Aku pula yang sebak dada
Rasa nak terjun lombong je
Tapi tak berani pula

ABANG K
Memang benar apa yang kau kata
Cinta aku buta
Tak berpijak di bumi nyata
Tapi aku peduli apa
Walau masuk ke mulut buaya
Walau disengat tebuan juga
Aku rela apa saja
Sebab tu lakonan semata-mata...ahaks

ABANG K
Aku benar-benar dilambung cinta
Sumbang suaramu aku terkesima
Black kulitmu aku terpesona
Aroma bodymu.... fuh, buat aku merana
Siang malam tidur tak lena
Buat aku tergila-gila
Hampir-hampir masuk hospital bahagia

ABANG K
Kau lah intan kaulah permata
Cinta ku satu dalam berjuta
Biarlah makhluk lain sebuk mengata
Aku peduli apa
Tapi dah beratus kali kau kata
"Kita tak sedarjat, tak sebangsa.."
"Aku kambing, kau ayam.."
Aku terus terdiam.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan